Monday, December 27, 2010

XPeRT10

Hye!
(lama tak update.)
lama juga tak online.

mana pergi? pergi XPeRT.

here goes nothing.
went to Melaka,
stayed at SMTMT (Sek Men Teknik, Melaka Tengah.) pergh, asrama dia, tak boleh seyh nak describe, cukup selesa. HAHA
4 hari 3 malam.
23-26 Disember 2010

team JOHOR

(dari kanan) Firdaus, Muhaimin, Wan, Hakimi, Isyraf, Zulfadhli, Harish, Anas
Asma', Murshida, Najihah, Zaynab, Hajar (pengiring.)

1) JJCR, Jalan-jalan Cari Rezeki (23/12)
jual roti, malu2, terpaksa cakap, buat survey tentang Cinta, Abang Ismail (tu eh nama dia?) tu baik sangat dia bagi RM 10 (ehem, amaq ^^) jual air,

untung dari menjual? aaaa. adalah la tu enn.

malam ; sharing, pengajaran JJCR.

2) Berat Sama Dipikul (24/12)
went to rumah keluarga angkat, teamJohor split 2, tebang pokok terhempap atap rumah tu (ada dalam video), layan budak2, masak cekodok kobis. pelik en dengar cekodok KOBIS?!

AHAH, tapi cehs nak bajet sikit kat sini,
Murshida & Najihah berjaya masak cekodok uh ;)
(haha, masaaaakkk.)

malam ; sharing pengalaman.

3) Explorace (25/12)
Seluruh Bandaraya Melaka. buat kami masuk Muzium yang banyak, kene nyanyi, ade pelancong amek gamba dengan kami, pergh, dyerang ingat kami tengah buat persembahan apa. haish.

lari. jalan. penat. beli air. beli aiskrim. enjoy. tak tergesa-gesa. semuanya relax. enjoy habes.
kecuali last check point. berlari. uhuk, penat nak kejar.

pastu kena nyanyi lagi. lagu yang kena reka rentaknya sendiri.
jalan mudah, kami buat dikir barat je hehehe.okay hancur okay.

kterang kumpulan yang ke 5 atau 6 yang sampai KOT. tak ingat sangat.
haha, laju seyh team lain. oh lupa, ade 8 team semuanya.

lepas semua dah sampai, semua JALAN KAKI MACAM DAH NAK PATAH, pergi River Cruise.
okay, jauh la seyh. Xplorace memang paling seghonookkk! tapi paling penat. -.-"

malam ;

4) Melaka Night River Cruise
last time naik MRC ni waktu form 3.. tapi tu siang.
ni malam. pergh, jambatan dah cantik seyh. dulu pergi masik under construction.
ugh naik ni ngantuk. tertido atas boat. Zzz.. penat sangat kot satu hari berjalan berlari.

-

5) Majlis Penutup. (26/12)
Alhamdulillah, team Johor menang tempat PERTAMA. yay*
Tak sia-sia Pak Im hantar kterang ;)
walaupun dengan usaha sendiri.

Ini semua tak dijangka kot. ceh, dah la menyanyi cam hape.
lambat pulak uh.

aa, video editting pulak no.2
tapi beza dengan no.1 ,
satu markah je. diorang 90,
Johor 89. ape ntah ek kurang. ?

video uh ada je dalam lappy ni, tapi aalllaaaa, lambat sangat la nak upload. -.-"
sorry eh amaq. :) mintak kat tukang buat tu lah ehh.

6.30 pulang Johor :)
dan, dah sampai malam tadi.

p.s cis, aku balik rumah je adik aku dapat handphone baru, yang jauh lagi power dari aku punye. haish. ada yang dapat baju, sweater, KASUT. perggghhh. memang aaaa. 4 hari aku menghilang diorang pergi shopping heh. harammmm!

2 comments:

Anonymous said...

gambar xpert biar je orang grab . semua gambar dari camera canon mana ?

murshida said...

ughh, tak tahu aaa asal tak boleh 'full view' sorry, bukan tak kasik tapi, err entah lah. masalah betul.
tapi rasanya ada orang upload kat facebook.

ni dari camera zulfadhli. nikon D5000 kot?