Thursday, December 31, 2009

new year.

*takde mood nak post. tapi nak post jugak.

2010
Happy New Year!.
semoga tahun ini akan menjadi lebih baik. ; ]

Monday, December 28, 2009

optimistic.



Life is a puzzle.
every piece fit together to create
who we are,
what we do,
how we feel.
every experience shape us into
who we eventually become.


[terjumpe kat myspace seseorang yang saya pon tak kenal.]

Thursday, December 24, 2009

my result.

my result was so unexpected.
8 A 1 B.
hahaha. aku target nak dapat straight la en.

tapi mungkin. ade hikmah di sebalik tragedi.
serious macam nak nanges dengar dalila bwt announcement dalam phone cakap 1* je dapat straight A out of 113.

and yang senasib ngn aku pon ramai jugak.
eheh. termasuk JEN! jen. jen. kite rase stres.
kecewa.

hum. so, congrats utk yang mendapat kejayaan dalam PMR.
mawaddah, dalila, syifa', zaynab, qarie, atiqah, dyan, ain, pu3, nabila, muna, fit3yah [yg ak taktau lagi de nye result] aina, and semue batch 13 smih. [banat wa banin]
ANDA HEBAT.

okeyh.
so, mungkin aku dah muhasabah balik kenapa BAHASA ARAB aku dapat B.
mungkin kerana. tak suke subjek tuh mungkin.
and suasana study in intisor is tough. because bdak2 yang pandai dalam tuh mmg ramai.
dan aku nih lembab dalam subjek tuh. rase terpinggir.
plg kecewa ngn diri sendiri. *selalu tertido waktu ustaz/ah mengajar.*
tak bawak buku. selalu wat kje sendiri bile ustaz/ah cakap.

menyesal. kecewa.
sebab diri sendiri.
tapi.
ianye hanya sehelai kertas result. nipis je.
boley koyak bile2 yang anda mahu.
kan?

2011 ade lagi kan? insyaAllah.
akan jumpe lagi dgn peperiksaan yang lagi penting*
yang paling paling penting.

jgn beriman dengan exam. ; ]

p.s aku dah rase amat loser tak dapat 9 A! aaaaaaaaaaaaaa!~

Tuesday, December 22, 2009

broken.

ttbe tak boleh nak play plak mp3 aku!. huaaa. TT_TT

[hua. ni bukan mp3 aku.]

mp3 tu dah 2 tahun beyb aku pakai.. ngee. gile la kalau rosak btol2!.

malacca

Jumaat. [supposed to get ready for debate camp.]

but tak pegi. and sorry.

ikot family pegi MELAKA. yess. tengok orang ber-xpert.
kat Kampung Berangan 6.
mcm syokk ade kuarge angkat.
tapi tak tgk sepenohnye laa. kterang jalan2 kat melake.

hari sabtu hujan.
and tak buat pape. melainkan pergi main bowling kat MIBC. daripada pergi PLANETARIUM! aku yang suggest kat ayah aku supaye tak pegi tempat tuh lagi. bazir duit. sebab aku akan tertido waktu tgk video tuh! hahaaa.

1st round - 107 markah. yes. dapat no 1.
2nd round - 103 markah. yes. no 1 lagi.
boley jadi wakil skola nih.!

kterang men 4 orang je. haha. kalau aku dapat strike or spare, nanti abang aku biseng. HAHAHA. so then. balik rumah sementare. coz tak boleh nak jalan2 daa. hujan lebat.

malam tuh. igtkan nak pergi naik river cruise!!
hahaa. tapi sebab hujan lebat petang tuh. jadinye air sungai naik dan kapal tu tak boleh lepas jambatan... alaaa. pastu budak2 xpert pon balik skolaa teknik melaka [tmpt tdo diorang]

my family and fasi2 yang ade gerak fi EYE ON MALAYSIA.
gayat jugak naek bnde nih.
pusing2 empat kali.
mama tak nak naek sebab gayat. hua~ rugi!

oh. kterang jahat sikit. sebab tipu kautsar children. sedangkan die dikire sebagai tiket student! HAHAA!.

Hari Ahad nak balik JB dah.. abah and hajar pergi skola teknik.
tgk budak2 xpert. aku, kautsar, insyirah, mama, ehsan and nadiah pergi round Melaka.

JONKER WALK!
nak pegi sangat. tapi sesak gile.
round kat situ pakai kete je.
aku rase macam orang asing kat situ. sebab.
ramai pelancong. and taknak nmpk langsong orang pakai tudung kat situ??!! haha.
orang putih and cine je ramai.

pas2 naik lagi TAMING SARI yang dah naik waktu REHLAH form 3. hua..
naik2. dah turun pening macam nak termuntah.
mungkin tu yang kali terakhir aku naik kot.
boring jer naik tuh.

and sampai rumah around 9.30 pm.
MERLIN!!! arghhhh!~ tgk sekerat jeee.
takpe. ade HALLMARK CHANNEL yang akan tayang balik !.

p.s dalila, najihah.and qarie. tak nak cerite ke kem debat cane?

p.s.s tak takut nak amek result. tapi cume tak confident akan dapat straight A's. May Allah give the best for us. ameen.

Thursday, December 17, 2009

if..

if i got a lot of moneyyyyyyyyy.
  1. kne sedekah kat orang2 yang memerlukan.
  2. bagi kat parents.
  3. beli banglo.
  4. shopping complex tmpt yang WAJIB PERGI.
  5. bli semue2 saham yang ISRAEL PUNYE. macam McD, NESTLE!
  6. travel ALL OVER THE WORLD.
  7. meet TAAR, TC5, PARAMORE, HEY MONDAY, NEVER SHOUT NEVER. and etc. *argh! langonye!* tak lupe juge SATORU dlm cte ATASHINCHI NO DANSHI! i just like him a lott. hak3.
bye!
ni semue sebab mimpi malam tadi.
ttbe terase nak post pasal2 duet2 neyhhh. hahaaaa.

p.s ak x g kot kem debat. sorry.

Friday, December 11, 2009

live well or live hell.

yes. i know. sape yang dah bace buku Hlovate - Rooftop Rant tuh,
smstinye die tau tajok post aku kali nih.

urm. cuti ek.
baru rase yang cuti sekolah boring.
yela. macam tak tau nk bwt ape kat rumah.
tapi len la kalau orang tuh kaye boleh pegi melancong ke.
shopping ke. HAHA.
yes.

shopping. ttbe suke plak shopping.
tapi kalau waktu tu tgh berduet la.
kalau tak. hua~ mmg tak ske la.
bwt sakit kaki je ek.
window shopping adalah perkare paling bosan sekali. kan?

sekarang nih dah 4 hari duduk rumah.
tak keluar langsong. aaaaaaaaaaaa!.
rase macam. tension sikit.

nak bace buku. tapi tu la.
disebabkan ade laptop. jadik macam x terbace.
sbb laptop lagi best dari buku.
yer. macam mane nak habis kan buku Terasing and P.S I Love You tuh?
oke. shut up.
P.SiLY tu baru bace 1 chapter. HAHAHA. Terasing. setgh. bile ntah nak habes.
-_-"

haha. da lari tajok la sebenarnye.
senanye baru je nak cakap pasal diskriminasi.
haha. makksodnye ape ek? ape kate korang tgk dalam kamus.
perkare yang palingpaling aku benci.
entah ek. aku benci bile diskriminasi nih berlaku.
tiada keadilan langsung.

diskriminasi ley wat aku badmood.
btol la lirik bunkface uh.
"diskriminasi menjatuhkanku. reputasi kini menjadi bisu."

adil ke kalau seorang pemimpin tuh pilih kasih?
snanye nak tegor orang auu. tapi macam susah sikit.
andailah kau yg berdiskriminasi tuh bace.
brubah la weii. jgn egt kau ade gang sendiri.
kau lupekan orang len. heh.

kalau kau buat camtu lagi.
lagi bertambahtambah benci aku kat kau.
tapi tuh la. manusia mmg tak lari dari kesilapan kan?

tu la. live well yer kawankawan.
jangan live hell. nanti masuk hell.
huaaa~

p.s apekah nasib tangan aku? hee. asek luke je. tersepit kt mesin basuh laa. kat almari kat dapur tuh laa. -_-"

Wednesday, December 9, 2009

x-camp/ppn09

beberape hari lepas. pegi xcamp.[mknenye ak pon x tau.]
kat Kuala Kangsar, Perak.

bertolak ke Perak hari Khamis pagi.
lepas subuh baru nak kemas barang.
cari pasal ngn abah btol!! huhhu.
kterang gerak dlm kol 7 lebey.

otw g perak.. singgah rumah makcik kat Subang.
mkn tgh hari kat sane.
tapi aku degil tak nak makan. sebab kenyang makan rojak buah. nyum2.

and smbong balik perjalanan ke perak.
malam tuh lepak rumah mak cik kat Tambun.
esoknye pagipagi lagi dah bertolak g Kuala Kangsar.
aku tido je sepanjang perjalanan ke sane.

hari 1st - Jumaat tuu.

ice breaking. parents semue g ppn. perhimpunan perwakilan nasional.
remajaremaja g x-camp. and aku lah antare remaja yg pegi.
kanakkanak g program aulad.

so, ice breaking. pecah lah semue ais2.
kumpulan name MU. takley blah. MU stands for Muslimah United. HA-HA-HA.
idea sape. idea ketue.

ketua kumpulan Syifa Hana. orang panggil die kak Syifa. tapi aku tak panggil die Kak Syifa. aku panggil die Kak Hana. sebab nnt rase macam panggil cik Cipa' a.k.a she. huhu~

and then ade ucapan dasar ex-ketue wanita JIM. lameeee.
nak tertido aku. tapi dengar la jugak.
[snanye takley tdo sebab sebelah aku ade khadijah terengganu [bdak xrek yg paling aku dan she takuti tuh!!] TT_TT

lepas habes tuh. dalam kol 10 lebey g Explorace.
Alhamdulillah. habes semue check point. ade 10 checkpoint.
mmg uji kesabaran tol laaaa.

awal2 kterang g railway station, Kuala Kangsar.
oh. mmg amat jauh. kena jalan kaki.
adess. sambil2 tuh amek gamba kat skola Malay College Kuala Kangsar [M.C.K.K]
huhu. kak Aya jgn jeles.

da la skola tu besar gedabakk.
siap ade CIMB Atm kat sebelah pagar diorang. huu. jakon2.
sekolah idamanku. HAK4.

pas2 g tmpt pokok getak tertua!! 100 years. yess. amat lame.
tu zaman tok janggut punye kot. [eh, tok janggut bkn dok kelantan ke? layan je la..]

jln lagi. g Masjid Ridzwaniah. dengar khutbah. disebabkan ramai lelaki waktu tuh.
so, kterang amek jalan mudah dengan selesaikan task dengar khutbah tuh dgn tnye pakcik2 yg dgr khutbah. laaa. kantoi. tak dgr. aku tanye abg aku je. heh. ps2 dapat laa selesaikan.

jalan2 lagi. [time tuh macam nak give up je. lenguh kaki!!] tapi best! rugi la Amaq, muna , kq Aya tak pegi waktu hari Jumaat tuh!!

and then jaaaalaaaan lagi g Arena Square, Sungai Perak [erk? ke Sg. Kangsar??] , tmpt makan cendol dan laksa, taman permainan. tugu kapal terbang. macam2 la.. jalan2 kat Kuala Kangsar Bandar Diraja. last sekali checkpoint The Store. huaa. cari harga barang.

pastu balik KISDAR. penat.

petang tuh men lagi bola jaring. lagi penat. TT_TT
malam aku tido sebelah mak aku dalam dewan KISDAR.
da takley tahan. huhu~

pas2 gerak g Madrasah Idrisiah. =_="
ape jela. tido situ.

2nd day. Sabtu.

jalan2 g GUA!! waaaahaaahahhaa.
first time dapat tgk gua. ape yang boleh cakap.
"SUBHANALLAH." mmg indah. pas2 dalam gua tuh tak panas langsung.
sejuk je. angin sepoi2 bahase.

ni ahli kumpulan aku. depan Gua Puteri. cool!!

Gua Puteri nih.. dahulu kalanya tempat keluarga Diraja tinggal.
kalau rase dinding gua tu kan.. rase basah.. sebab air dari atas turun ke bawah.. and terjadilah stalagtit and stalagmit.
siap ade tazkirah lagi waktu dalam gua tuh.
malangnye.....
aku tertidoooooo~~ tak dengar pon ape pakcik tuh cakap.

gua tmpt pergambaran Sifu dan Tongga tu pon kterang masuk. heee~~
aku panggil gua tuh.. gua Tongga!! HAHA. sukati je en..

and then kuar gua tuh punye la kecik lubang nyeee... mmg tabah lagi sabar.

malam. kami kene wat persembahan multimedia..
yang akan ditayangkan esok hari..
sian kak Aya.. tak tdo bwt multimedia.

3rd day - Ahad

ngntukkkkk~ persembahan multimedia yang amat memboringkan.. waktu tuh da macam.. sangap daaaaa~ muahahaha.
layan je laa.

pas2 da nak pukul 7 baru parents habes program PPN.
xcamp habes kol 1 lebey. XD
lame gile tunggu kat masjid KISDAR tuh.

balik........
KL!. g Gombak. sebab hari isnin ade program MUB kat Menara TM yang lawa sangat tuh!!
kat tingkat 50.. adess.. pressure seyh.. saket telinga nak naek atas tuh~~ hehehe.
program baru yang baru kali pertama dianjurkan ~~

ak jadi fesi tak official laa. sebab waktu slot ice breaking je aku konon2 cakap aku fesi kat bebudak.. best.. tgk diorang kne tutup mate and mulut pas2 cari mmbe2 diorang..
fesi jadi setan.. ble da jumpe mmbe..
fesi pecah2 kan diorang.. haha..

lepas tuh... aku tido kat sofa yang ade berdekatan dekat dewan tuh.. sedapp~~

habesss program pon da nak dekat kol 7.
pas2 tros balik JB.

so, now. im at HHHHOOOOOOOOOMMMMEEEEEEEEEEEEEEE!!

p.s byk gmba!! tapi tak gune btol. blogger taknak kerjasame dgn aku!! heee.~

Tuesday, December 1, 2009

boring laaa

peringatan untuk semue ekk.
post nih cm takde hala tuju ck8..
so, nk bace, bace aa.
tak nak daa.

cuti nih boring ekk?
entah aa. baru terase rindu kat mmbe2 kt skola.
mmbe2 waktu xrek. and bile2.

rase rugi sebab tak enjoy every single second with them..
heh. tu la manusia. tak reti nak bersyukur langsung.
macam aku. hee.

bile dah takde.. baru tercari2..
ttbe terase rindu kat bdak2 batch 13.
rehlah.. lawatan.. priceless memory beyb!.

andai dapat ku undur masa lalu.
kan best ekk?
aku tau. tu semue takkan berulang kembali.

ttbe terindu dyan and ain yang mungkin thn dpn x dpt jumpe lg..
sebab diorang mungkin pindah skola.
kenapa korang kene pindah?
adess. macam tak sanggup nak terime..
hee. i love you girls..

and..
ttbe gak terindu nak msk klas 1 thabat.. 2 islah.. and 3 intisor..
girls.. miss you girls like crazy.
thn dpn confirm da tak same klas ekk.
cne kte nk biseng2 lg kat blakang klas??

sape lg kte nk kco klo kte boring, muna?
sape lagi kte nak bergurau kalau bkn dgn awk fitriyyah?
sape yang akn teman kte bergossip kalau bkn bdak2 kt barisan blakang sekali? [cik Q, fa' and jen]
sape lagi kawan untuk aku pinjam buku die yang ade lirik uh kalau bukan awk aina..?
sape lagi kite nak puji kalau bukan awak raihan and nabila?
sape lagi yg dpt ganti tmpt pk lah kt dlm klas uh klo bkn awk falah?
*sape lagi yg dpt gnti tmpt cameragirl klo bkn awk ATIQAH?
*sape lagi yg dpt gnti tmpt orang yang ak slalu gaduh klo bkn ko pizah?
*sape lagi yang dapat ganti tmpt orang yg slalu lapar dan kedekut mknn kalau bukan awk aqilah?

adeeyyh. mmg rindu kt korang.
[cehh. sedangkan thn dpn mungkin jumpe lagi!]

ehm.
ttbe teringat kt gang2 gilo aku tuh..
dalila - who nvr stop laughing~ and PINK!!
jen - yg mate die bulat uh...ngeee~
fa' - kawan lagu aku. yg tersuke org indon uh wktu xrek!!
waddah - asek senyum memanjang..
ain -bdak tinggi. yg dah ade pkwe... ngeh! [waddah yg ckp!]
putery - fanatic cobra starship atau lebey specific gabe.
dyan - HARIMAU!! ngee.
jyhah - asek ter-egtkan di dia!! [geram aku ngn mmbe ak sorg neyhh.
fathyn - bdak bulat. kah4.

hey girls.. ape lg yg kte ley bwt utk tak berpisah ngn korang?
saat kte nnges same2.. gelak same2.. gossip..
macam2 kte wat same2.. last2 kne berpisahh..
mmg ssh nk accept..

tp.. mmg kne jugak terime..
sbb at last.. mmg kne berpisah jugak..
MATI? kan perpisahan yang akan terjadi jugak kat diri kite?

girls.. xde sape yang boleh ganti tmpt korang kt haty aku nih...
y'girls, mmg best friends aku slamenye.

dulu.. kini.. dan SELAMANYA!

p.s ttbe teringat muhasabah dalam bas yang aku senyap tak terkate tuh.. sorry girls.. waktu tuh speechless sgt.. ; ]