Monday, October 11, 2010

mukhayyam2010

hai,
saya baru je habis berkampung di Teluk Gorek, Mersing.
komen ; mukhayyam ni tak seBEST form3.
ye, group dulu lagi best. maaf, saya jujur. ada segelintir groupmates yang buat aku annoy.

so, 1st day ;

ice breakin'
sumpah menyampah dengan prog malam.
tapi bagus jugak la, at least . ade sebahagian yang terasa.
bila orang bercakap kat depan, korang tak dengar,
sakit hati kan? jadi HORMATlah ck8.

orang tegur suruh masuk kelas awal,
korang buat bodo. bg nasihat sng, terima nasihat SUSAH.

please, hidup ni, bukan pasal korang je.

,

nightwalk,
saya bersyukur kerana group dirombak.
putri - ketua kumpulan saya.
saya - penjaga api lilin.

ade hujan palsu.
tapi api kami masih kekal. sorry fasi, anda GAGAL.

,

games yang mengantuk,
tidak enjoy langsung,
kecuali part membuli orang. :D

2nd day ;

Qiamullail yang asyik mengantuk,
okay sebenarnya, waktu baca matsurat, mmg mata AUTOMATIC
nak tutup U_U

,

Pendakian Gunung Arong.
makanan, minuman kami disekat.
hanya 3 litre air , 2 choc bar [big] and 5-4 biji apples.
ye, saya penat.

,

dah sampai di kaki gunung, [habis mendaki]
perempuanS penat,
lepak kat pantai,
sebenarnya semua nak balik base camp.

tapi sebab loser sgt, kene tunggu kat situ.
nak buat aktiviti Survival tu.

penat lagi, kaki macam nak tercabut.
lapar, sebab tak makan.
sampai base camp pukul 6,
ye, kumpulan saya yang terakhir sampai.

haus, haus, minum air hujan pon jadi. [desperate sangat dah ni.]

,

malam, fortilla Gaza,
saya sangat mengantuk.
i ended up, dengan tak mendengar langsung persembahan orang lain.

saya memang suka tidur.

10.30 pm, dah bole tidur.
saya, masuk khemah, dan tanpa menghiraukan orang lain,
saya tidur.

3.00 am,
kene kejut,
jalan malam2,
betul saya menyampah dengan perempuanS yang jalan terkedek-kedek, mengada-ngada.
jerit sana sini. tak reti senyap. semua orang ngantuk, semua orang penat.
semua orang tak nampak lah,

sampai pantai,
Puan kasik tidur
jadi, tanpa membuang masa, [ngantuk beyb!]
saya pon tidur dengan nyenyaknye,
dah tak kisah pasir ke ape.
mmg nyenyak dan nyaman.

Qiam, baca matsurat, solat subuh, jalan lagi lepas tu,
sampai base camp.

3rd day ;

keLOSER-an perempuanS ,
tak tahu nak buat pertunjukan pentas BaSeD
thumb up untuk lelakiS

majlis penutup, bersurai.
tamat.

ma datang amek ida kat skola,
pastu beli cool blog,
dan makan pizza untuk dinner.

dan saya di depan lappy,
buat2 ada cuti hari Isnin. :)
maaf, saya terbangun lambat.
sakit belakang.

alhamdulillah, saya sihat,
tak melecet / ape2,
cuma ade kesan melecur kat jari T^T

p.s moga, semua peserta dapat manfaat. :) okay, nak pergi basuh kasut skolah yang kotor sangat tu.

2 comments:

:|-blush!-|: said...

mane boleh awk y dpt minum coolblog dlu. coolblog tu jd smgt kite nk trun gunung,tp awk dpt dulu.! hailllo!hahhha

murshida said...

hahaha,
nak buat macam mana lagi. :)